Monday 10 June 2019

Waktu mengajar PDP Kolej Vokasional yang flexi mulai Jun 2019.

Waktu mengajar PDP Kolej Vokasional yang flexi mulai Jun 2019.

Assalamualaikum dan salam hormat,
        Setelah sekian lama waktu mengajar di KV bermula jam 8.00 pagi hingga 5.oo petang. Baru-baru ini KPM telah mengeluarkan surat pekeliling waktu bekerja kv mulai 8 -3 atau 10-5 sangat memberi impak teruja kepada kami di kv.Kalau tak salah ingatan aku  waktu bekerja yang lama  8-5 mulai 2011 lagi , semasa zaman pemerintahan Dato' Tajudin Jab ,Mantan Pengarah BPTV , telah menetapkan masa bekerja pensyarah kv seperti yang tersebut . Hal ini berlaku tidak lain hanya ingin menunjukkan kesungguhan kv kepada MQA yang akan menerima peniktirafan graduan kv. Justeru BPTV perlu megubah dasar kurikulum dan koko selaras pelancaran bach pertama aliran Diploma Vokasional mulai 2012. Kini kami  para pensyarah kv dapat menarik nafas lega selepas perjuangan kesatuan sekian lama untuk kesamarataan waktu bekerja Gred DG ,  terutama kami berterima kasih kepada KGMMB,NUTP dan Kesatuan Staf KV.
        Semua subjek teras dan akademik kv dalam Sijil Vokasional Malaysia (SVM) telah di setara dengan SPM. Ini bermaksud  pelajar yang tamat 2 tahun pertama belajar di kv akan di anugerahkan SPM setara dengan syarat kepujian 3 subjek termasuk kepujian BM 1104 .Pelajar yang melepasi pointer CGPA 2.00 akan layak menyambung ke peringkat DVM manakala pelajar yang tidak lepas atau pointer di bawah 2.00 akan diberi pilihan masuk aliran SKM atau berhenti mencri nasib di dunia luar .
         Kami sebagai Kaunselor pelajar seramai 3 orang di KV Kerian akan memanfaatkan masa bekerja sebaik mungkin dan mengagihkan tugas agar setiap hari ada yang bertugas kedua2 slot masa tersebut.
sekian.

No comments:

Post a Comment