Monday 13 April 2015

CERITA KAUNSELOR KENA MENGAJAR SUBJEK JATIDIRI-PJKV MODUL INSANIAH TAHUN 3 DVM



Mulai sesi persekolahan 2015 , kami 3  kaunselor UPK Kolej Vokasional Kerian ditugaskan mengajar.Tenaga pengajar subjek ini terdiri daripada para pensyarah sejarah dan PJK . Walaupun pada mulanya terasa berat juga untuk kami menerima tugas ini , namun atas semangat setiakawan kami rela membantu  mereka . Apa lagi terpaksalah mentelaah subjek ini dari silibus , kertas cadangan , kertas kerja , game  dan sistem fail .


Pada awal tahun , aku hanya mengajar  kelas 3 TKA  iaitu dua jam seminggu . kira ok la jika nak dibandingkan dulu aku pernah mengajar di sekolah rendah iaitu 28 waktu seminggu . Aku sering mendengar cerita cikgu yang banyak waktu kelas sehingga nak makan pun tak sempat.


 Tugasku bertambah berat sikit pada bulan februari kerana kena mengajar 2 kelas iaitu empat jam seminggu  kerana partnerku bernama Fizah cuti bersalin selama 3 bulan. Seorang lagi partnerku bernama Maizatul juga mengajar subjek yang sama tetapi kelasnya 3 PIA ada pelajar perempuan iaitu  Pemesin Industri .. Aku nampak mereka sangat rapat dan sayang kepadanya dan sering berbincang selepas tamat sesi PDP. Kalau pihak pentadbir tukarkan dia ke kelas lain buat masa ini tentu berperang atau merajuk habis budak-budak itu.


Kelas yang aku ajar ni terdiri dari kelas kimpalan 3TKA seramai 30 pelajar  . Semua pelajar kelas ini pelajar lelaki yang telah berusia 18 tahun . Pada mulanya agak sukar juga kerana mereka ni suka bercakap dan menyampuk . Namun dengan pengalaman mengajar kira-kira 20 tahun aku gunakan ilmu pedagogi  dan psikologi yang ada padaku . Budak-budak otai aku pindahkan di hadapan kelas agar mudah mengendalikannya.Kadang kala aku terpaksa bermain ' tarik tali' iaitu ada ketika tegas dan berlembut dengan mereka.


Tugas sebagai kaunselor seperti biasa cuma jumlah pelajar datang atau dirujuk semakin kurang . Para pensyarah juga seolah-olah memahami tugas kami yang semakin bertambah. Kami terpaksa membuat persiapan sebelum kelas PDP. Jadi kebanyakan mereka sudah jarang merujuk pelajar. Agaknya mereka hendle sendiri masalah yang biasa-biasa . Hanya seorang pensyarah yang sering merujuk pelajar tak kira masa iaitu Mr Lee Kok Chung . Guru paling senior di KV Kerian yang akan bersara hujung tahun ini.Walaupun dia kelihatan garang dan sering membawa rotan , pelajar-pelajarnya tidak takut padanya .Pernah aku suatu hari aku nampak mereka mempermainkannya dengan lari dalam kelas sambil dia mengejar mereka dengan sebilah rotan . Selepas kejadian itu dia pun singgah dibilikku untuk melaporkan sikap pelajar kepadanya . Aku pun dah kenal nama  budak-budak tu. Jadi aku paskan  saja kepada guru disiplin sahaja iaitu Ustaz Saifun Nizam . Orangnya serius dan tegas . Kalau dia lalu dihadapan kelas saja semua pelajar akan terdiam sehingga terdengar tapak kakinya berjalan . Begitulah hebatnya sahabat aku ni dalam mengawal disiplin pelajar KV.


Jika tidak mengadakan sesi kaunseling kami hanya mengadakan sesi kelompok atau bimbingan sahaja iaitu mencari pelajar ini diawal pagi dalam dewan perhimpunan atau diwaktu petang  WBK-waktu belajar kendiri . Sekurang-kurangnya pertemuan empat mata dapat diadakan walaupun secara tidak formal dan masa yang sekejap sahaja  . Perhimpunan 10 minit setiap pagi yang diamanahkan kepada kaunselor diantara jam 7.40 -7.50 pagi  dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaunselor kami.Biasanya diawal pagi begini aku tidak suka berleter atau memberi teguran kepada para pelajar . Aku serahkan sahaja untuk slot motivasi pagi ni ,  Maizatul ni pun  dah 15 tahun sebagai kaunselor dan berpengalaman . Aku juga sedang menanti  kepulangan Fizah kembali bertugas. Walaupun baru 3 tahun sebagai kaunselor ,pernah dalam slot Motivasi hari rabu dia dapat lecture para pelajar selama sejam nonstop.


Tanpa disedari minggu ini telah masuk minggu yang ke 13 dan minggu hadapan adalah minggu terakhir mengajar subjek ini dan semester depan kami akan mengajar subjek Kenegaraan .