Wednesday 5 October 2011

SELAMAT DATANG KE BLOG UBK SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL KERIAN

.
Selamat Datang Kaunselor baru
Sebelah kiri saya Pn. Mazaituliza bt.Che Ani dari SMK Kg Raja,C.Highland
Sebelah kanan Pn.Norhafizah bt. Rahman Ali baru grad UUM
Semoga kita dapat menjadi satu pasukan UBK yang mantop..

SELAMAT DATANG KE BLOG UBK SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL KERIAN

Peraturan Peraturan Bilik Kaunseling

BILIK BIMBINGAN DAN KAUNSELING

PERATURAN MENGGUNAKAN BILIK KAUNSELING

1. Dilarang masuk ke dalam bilik kaunseling tanpa kebenaran Kaunselor.

2. Guru-guru dan pelajar perlu mendapatkan kebenaran kaunselor jika ingin menggunakan bilik UBK dan kemudahan-kemudahan yang disediakan.

3. Tidak dibenarkan membawa masuk makanan serta minuman, beg, benda tajam, pemetik api, buku-buku lucah dan benda-benda merbahaya.

4. Meletakkan kasut di rak kasut di luar bilik UBK.

5. Dilarang membuat bising, bermain, makan dan minum dalam bilik.

6. Dilarang membuka fail-fail dan membaca borang maklumat pelajar, Kad 001 tanpa kebenaran kaunselor.

7. Dilarang menggunakan peralatan audio dan visual tanpa kebenaran.

8. Dilarang membawa keluar sebarang peralatan bilik UBK, buku-buku, brosur, poster kerjaya, maklumat IPT dan lain-lain bahan UBK.

9. Gunakan peralatan elektrik dengan berjimat dan cermat.

10. Matikan suis lampu dan penghawa dingin semasa hendak keluar jika tidak ada pelajar lain yang menggunakannya.

11. Laporkan sebarang kerosakan peralatan kepada kaunselor.

12. Bersihkan meja, kerusi, dan lantai selepas menggunakan bilik UBK.

13. Berpakaian kemas dan sopan semasa masuk ke bilik UBK.

14. Mendapatkan kebenaran bertulis atau kebenaran lisan daripada guru atau ketua tingkatan sebelum masuk ke bilik UBK.

15. Membuat temujanji terlebih dahulu sebelum menghadiri sesi kaunseling.

Guru-guru dan pelajar yang menggunakan bilik UBK mencatatkan maklumat diri dalambuku khas penggunaan bilik kaunseling.