Unit Psikologi & Kerjaya KV Kerian
Assalamualikum , Selamat Datang Ke Blog Unit Psikologi & Kerjaya KV Kerian.. #kami guru penyayang
Halaman
- Halaman Utama
- Profil Guru Bimbingan Dan Kaunseling
- Kaunseling Pendidikan Khas
- Kegiatan P.R.S SMVK
- Lawatan Sambil Belajar Pasukan PRS Unit Kaunseling...
- Perhimpunan Pagi 10 Minit Bersama Kaunselor
- Pemeriksaan Rambut Oleh Unit Disiplin
- Gambar Program Motivasi
- Minggu Orientasi Pelajar Ting.4
- Pameran Pendidikan Pencegahan Dadah
Monday, 10 June 2019
Waktu mengajar PDP Kolej Vokasional yang flexi mulai Jun 2019.
Waktu mengajar PDP Kolej Vokasional yang flexi mulai Jun 2019.
Assalamualaikum dan salam hormat,
Setelah sekian lama waktu mengajar di KV bermula jam 8.00 pagi hingga 5.oo petang. Baru-baru ini KPM telah mengeluarkan surat pekeliling waktu bekerja kv mulai 8 -3 atau 10-5 sangat memberi impak teruja kepada kami di kv.Kalau tak salah ingatan aku waktu bekerja yang lama 8-5 mulai 2011 lagi , semasa zaman pemerintahan Dato' Tajudin Jab ,Mantan Pengarah BPTV , telah menetapkan masa bekerja pensyarah kv seperti yang tersebut . Hal ini berlaku tidak lain hanya ingin menunjukkan kesungguhan kv kepada MQA yang akan menerima peniktirafan graduan kv. Justeru BPTV perlu megubah dasar kurikulum dan koko selaras pelancaran bach pertama aliran Diploma Vokasional mulai 2012. Kini kami para pensyarah kv dapat menarik nafas lega selepas perjuangan kesatuan sekian lama untuk kesamarataan waktu bekerja Gred DG , terutama kami berterima kasih kepada KGMMB,NUTP dan Kesatuan Staf KV.
Semua subjek teras dan akademik kv dalam Sijil Vokasional Malaysia (SVM) telah di setara dengan SPM. Ini bermaksud pelajar yang tamat 2 tahun pertama belajar di kv akan di anugerahkan SPM setara dengan syarat kepujian 3 subjek termasuk kepujian BM 1104 .Pelajar yang melepasi pointer CGPA 2.00 akan layak menyambung ke peringkat DVM manakala pelajar yang tidak lepas atau pointer di bawah 2.00 akan diberi pilihan masuk aliran SKM atau berhenti mencri nasib di dunia luar .
Kami sebagai Kaunselor pelajar seramai 3 orang di KV Kerian akan memanfaatkan masa bekerja sebaik mungkin dan mengagihkan tugas agar setiap hari ada yang bertugas kedua2 slot masa tersebut.
sekian.

Monday, 13 April 2015
CERITA KAUNSELOR KENA MENGAJAR SUBJEK JATIDIRI-PJKV MODUL INSANIAH TAHUN 3 DVM
Mulai sesi persekolahan 2015 , kami 3 kaunselor UPK Kolej Vokasional Kerian ditugaskan mengajar.Tenaga pengajar subjek ini terdiri daripada para pensyarah sejarah dan PJK . Walaupun pada mulanya terasa berat juga untuk kami menerima tugas ini , namun atas semangat setiakawan kami rela membantu mereka . Apa lagi terpaksalah mentelaah subjek ini dari silibus , kertas cadangan , kertas kerja , game dan sistem fail .
Pada awal tahun , aku hanya mengajar kelas 3 TKA iaitu dua jam seminggu . kira ok la jika nak dibandingkan dulu aku pernah mengajar di sekolah rendah iaitu 28 waktu seminggu . Aku sering mendengar cerita cikgu yang banyak waktu kelas sehingga nak makan pun tak sempat.
Tugasku bertambah berat sikit pada bulan februari kerana kena mengajar 2 kelas iaitu empat jam seminggu kerana partnerku bernama Fizah cuti bersalin selama 3 bulan. Seorang lagi partnerku bernama Maizatul juga mengajar subjek yang sama tetapi kelasnya 3 PIA ada pelajar perempuan iaitu Pemesin Industri .. Aku nampak mereka sangat rapat dan sayang kepadanya dan sering berbincang selepas tamat sesi PDP. Kalau pihak pentadbir tukarkan dia ke kelas lain buat masa ini tentu berperang atau merajuk habis budak-budak itu.
Kelas yang aku ajar ni terdiri dari kelas kimpalan 3TKA seramai 30 pelajar . Semua pelajar kelas ini pelajar lelaki yang telah berusia 18 tahun . Pada mulanya agak sukar juga kerana mereka ni suka bercakap dan menyampuk . Namun dengan pengalaman mengajar kira-kira 20 tahun aku gunakan ilmu pedagogi dan psikologi yang ada padaku . Budak-budak otai aku pindahkan di hadapan kelas agar mudah mengendalikannya.Kadang kala aku terpaksa bermain ' tarik tali' iaitu ada ketika tegas dan berlembut dengan mereka.
Tugas sebagai kaunselor seperti biasa cuma jumlah pelajar datang atau dirujuk semakin kurang . Para pensyarah juga seolah-olah memahami tugas kami yang semakin bertambah. Kami terpaksa membuat persiapan sebelum kelas PDP. Jadi kebanyakan mereka sudah jarang merujuk pelajar. Agaknya mereka hendle sendiri masalah yang biasa-biasa . Hanya seorang pensyarah yang sering merujuk pelajar tak kira masa iaitu Mr Lee Kok Chung . Guru paling senior di KV Kerian yang akan bersara hujung tahun ini.Walaupun dia kelihatan garang dan sering membawa rotan , pelajar-pelajarnya tidak takut padanya .Pernah aku suatu hari aku nampak mereka mempermainkannya dengan lari dalam kelas sambil dia mengejar mereka dengan sebilah rotan . Selepas kejadian itu dia pun singgah dibilikku untuk melaporkan sikap pelajar kepadanya . Aku pun dah kenal nama budak-budak tu. Jadi aku paskan saja kepada guru disiplin sahaja iaitu Ustaz Saifun Nizam . Orangnya serius dan tegas . Kalau dia lalu dihadapan kelas saja semua pelajar akan terdiam sehingga terdengar tapak kakinya berjalan . Begitulah hebatnya sahabat aku ni dalam mengawal disiplin pelajar KV.
Jika tidak mengadakan sesi kaunseling kami hanya mengadakan sesi kelompok atau bimbingan sahaja iaitu mencari pelajar ini diawal pagi dalam dewan perhimpunan atau diwaktu petang WBK-waktu belajar kendiri . Sekurang-kurangnya pertemuan empat mata dapat diadakan walaupun secara tidak formal dan masa yang sekejap sahaja . Perhimpunan 10 minit setiap pagi yang diamanahkan kepada kaunselor diantara jam 7.40 -7.50 pagi dimanfaatkan sepenuhnya oleh kaunselor kami.Biasanya diawal pagi begini aku tidak suka berleter atau memberi teguran kepada para pelajar . Aku serahkan sahaja untuk slot motivasi pagi ni , Maizatul ni pun dah 15 tahun sebagai kaunselor dan berpengalaman . Aku juga sedang menanti kepulangan Fizah kembali bertugas. Walaupun baru 3 tahun sebagai kaunselor ,pernah dalam slot Motivasi hari rabu dia dapat lecture para pelajar selama sejam nonstop.
Tanpa disedari minggu ini telah masuk minggu yang ke 13 dan minggu hadapan adalah minggu terakhir mengajar subjek ini dan semester depan kami akan mengajar subjek Kenegaraan .
Sunday, 12 April 2015
Aktivti UPK mulai bulan januari-mac 2015
Aktivti UPK mulai bulan januari-mac 2015
Aktiviti Tarikh_____
1. Program orientasi tahun 2 dan 3 DVM- 5-10 Jan 2015
2. Program Outreach pengambilan tahun 1 DVM- 5-19 Jan 2015
3. Program orientasi tahun 1- 20-24 Jan 2015
4. Program perhimpunan pagi 10 minit- Setiap hari kecuali hari rabu
5. Temuduga dan pemilihan pembimbing rakan sebaya- 14 Feb 2015
6. Guru penyayang fasa 2: "Unlock Student Potential"- 19 Feb 2015
7. Seminar kerjaya- 23 Feb 2015
8. Riadah dan rekreasi bersama MPP- 23 Feb 2015
9. Program pelajar bersama PTPTN- 12 Mac 2015
10. Program penyediaan hadiah perpisahan pengarah- 7 Mac 2015
11. Motivasi bersama Amar- 15 Mac 2015
12. Program senada seirama- 19 Mac 2015
13. Penyerahan sijil SPM dan kaunter kerjaya- 20 Mac 2015
14. Smart Jati Diri- 21 Mac 2015
15. Jom Masuk 'U'- 22 Mac 2015
Wednesday, 2 October 2013
HARI GURU PENYAYANG
TARIKH: 03 OKTOBER 2013
TEMPAT: KV KERIAN
Tiga Kaunselor KV. Kerian, sedang menanti pelajar di hadapan pintu masuk kolej menanti kehadiran pelajar pada jam 7.20 pagi, hari Khamis 3 Oktober 2013..." KAMI GURU PENYAYANG".
Pada jam 7.25 pagi, hujan renyai-renyai dan angin sepoi-sepoi bahasa .. tbalah pelajar kolej vok. kerian memasuki kawasan kolej .. tp kan .. hadiah u just tuk palajar luar je .. so , plajar dlam jgn berangan la na dpat hadiah tu ok ?
plajar luar yg dtg awal sblum jam 7.30 dpat la hadiah yg comel-comel tu :)
hari ni , 3.10.2013 .. terdapat 30 pljar yg dtg awal sblum jam 7.30 dpat sebatang pen dan bookmark yg kanselor kolej buat ..
TEMPAT: KV KERIAN
#tiga kaunselor kolej
Setiap hari akan ada guru bertugas dalam program guru penyayang ni .. tp setiap hari khamis pula , guru kaunseling akan menunggu di pintu pagar kolej berserta hadiah comel menanti :)Tiga Kaunselor KV. Kerian, sedang menanti pelajar di hadapan pintu masuk kolej menanti kehadiran pelajar pada jam 7.20 pagi, hari Khamis 3 Oktober 2013..." KAMI GURU PENYAYANG".
Pada jam 7.25 pagi, hujan renyai-renyai dan angin sepoi-sepoi bahasa .. tbalah pelajar kolej vok. kerian memasuki kawasan kolej .. tp kan .. hadiah u just tuk palajar luar je .. so , plajar dlam jgn berangan la na dpat hadiah tu ok ?
plajar luar yg dtg awal sblum jam 7.30 dpat la hadiah yg comel-comel tu :)
hari ni , 3.10.2013 .. terdapat 30 pljar yg dtg awal sblum jam 7.30 dpat sebatang pen dan bookmark yg kanselor kolej buat ..
nie la hadiah comel tu :D
Wednesday, 5 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)